Kosongkan Fikiran Semasa Menulis

Bila mencari-cari teknik yang sesuai untuk menulis, saya bertemu dengan pelbagai idea, di antaranya KJ method yang saya belajar daripada Prof. Abdullah Hassan, bekas Dekan saya dahulu (BOS yang amat saya kagumi). Tapi tak jadi jugak, saya belum menulis buku sampai kini.

Tulisan saya yang siap hanyalah tesis MA dan Phd, itupun ditulis dalam bahasa Arab. Saya mampu menyiapkannya kerana ingin lulus, alhamdulillah.

Saya memang sukakan ilmu, selalu menyertai seminar dan kursus. Apabila terdengar saja ada program teknik menulis diadakan saya tidak akan lepaskan peluang. Tambahan pula pernah berada di institusi ilmu, saya berpeluang mempelajari teknik-teknik untuk menulis dalam bahasa Arab, Inggeris dan Melayu tapi mengapa segala teori itu cuma tinggal teori...tidak berhasil.

Bila cari dalan internet terdapat pelbagai teknik dan kursus yang diwar-warkan boleh membantu kita untuk menjadi penulis. Di antaranya 'Bagaimana untuk menulis 24 mukasurat dalam masa kurang daripada 2o jam', 'bagaimana untuk menjadi penulis super', 'jana wang dengan menulis' serta pelbagai lagi kursus untuk mendidik kita menjadi penulis.

Akhirnya saya membuat keputusan, cukuplah aku belajar teori, teori demi teori dipelajari tapi usaha masih belum bermula.

Semalam saya terjumpa dengan satu idea yang paling sesuai dengan saya 'teknik zero mind' ataupun kosongkan fikiran semasa menulis. Alhamdulillah, walaupun tidak dijelaskan dengan ditil saya boleh bayangkan bagaimana untuk bermula, dan saya akan bermula dari sini...

Bila mengimbas kembali zaman pembelajaran saya, itulah teknik yang saya selalu gunakan terutama apabila tidak sempat mengulangkaji kerana sibuk dengan tugas harian. Saya cuma perlukan idea, ulasan seterusnya akan mampu saya garap dan biasanya diterima oleh cikgu atau pensyarah, alhamdulillah.

Memang ada kawan yang gelakkan saya bila saya cakap 'aku belum baca lagi tajuk tu' kerana mereka tahu saya adalah pereka, 'reka je' itulah jawapan saya setiap kali terdesak. Dan keputusannya memang selalu memuaskan hati guru dan pensyarah. (Hanya sekadar berkongsi pengalaman lalu demi usaha untuk menulis).

Sebab itulah boleh dikatakan saya tidak mengalami stress semasa belajar kerana prinsip sebegini. Menggabungkan idea, mengolahnya menjadi sesuatu buah fikiran baru itulah keinginan saya, alhamdulillah.

Mengosongkan fikiran semasa menulis sebenarnya amat membantu ketika kita ingin menulis, ini kerana kita akan mampu menulis dengan lancar tanpa perlu memikirkan implikasinya. Sebenarnya terlalu banyak berfikir dan teori akan membantutkan usaha menulis dari hati. Semakin banyak kita berfikir, akan melambatkan usaha kita untuk menulis.

Jadi tulis dan tulislah untuk mengeluarkan segala idea. Moga-moga dengan mengeluarkan idea sikit demi sikit akan membantu meredakan ketegangan berfikir. Dari situ kumpulkannya untuk menjadi satu hasil tulisan yang hebat. Dalam masa yang sama olahkan tulisan tersebut dengan menambah sedikit sebanyak rujukan untuk memantapkan tulisan tersebut.

Bila terbaca cerita ada orang yang mampu menghasilkan 10 buah buku hanya daripada menulis blog, saya seakan tidak percaya, tapi itulah hasil daripada menulis. Memang mengagumkan pencapaian penulis ini. Tidak dapat saya bayangkan begitu banyak ilmu yang telah mampu dihasilkan oleh penulis sebegini, banyaknya saham akhirat beliau.

Semoga dengan mengosongkan daripada fikrah-fikrah tertentu akan dapat membantu saya merealisasikan impian saya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas