Surirumah dan hafalan Quran

Alhamdulillah semenjak bergaul dengan ramai surirumah Arab, saya mendapati satu kegemaran mereka yang kurang ada dalam masyarakat melayu iaitu kegemaran menghafal al-Quran.

Memang kebanyakan orang Arab menghafal al-Quran, itulah pelajaran pertama utk anak2 mereka, paling kurang hafal juzuk amma. Begitu juga surirumah yg saya jumpa (Oman, Mesir, Jordan, Sudan dan India) mengisi masa mereka dengan menghafal Quran.

Mula-mula saya agak terkejut bila diajukan soalan ini oleh seorang surirumah Oman, kemudian soalan sama berulang bila bertemu surirumah Arab lain. Begitulah cara mereka mengisi masa lapang mereka. Alhamdulillah.

Walaupun begitu mereka amat mengagumi cara orang-orang bukan Arab mengaji Quran. Ini kerana orang-orang Ajam lebih mementingkan bacaan dan tajwid, serta mampu mengaji dengan baik walaupun tidak memahami isi kandungan al-Quran yang dibaca.

Jadi, elok juga kita mengambil pengajaran daripada orang-orang Arab ni. Memang tidak rugi kita meluangkan sedikit masa kita menghafal quran setiap hari. Bayangkan sekiranya kita mampu menghafal tiga ayat sehari, banyaknya ayat quran yang mampu kita hafal dalam masa setahun. Dalam masa yang sama amalkanlah membaca terjemahan al-quran agar kita mampu memahami ayat-ayat yang kita hafal itu.

Carilah guru-guru yang boleh membetulkan cara bacaan kita, moga suatu hari nanti kita juga mampu menghabiskan hafalan kita dan bergelar hafizah. Itulah hadiah paling bererti buat diri dan keluarga.

Mengikut ustazah yg mengajar di sini (org Mesir) sebaik2nya kita hafal 3 ayat saja, mulakan dengan memahami ayat tersebut, kemudian kita ulang sampai ingat, kemudian berpindah ke ayat selepasnya. Ulang-ulangkan ayat tersebut masa solat agar ia melekat dlm memori kita. Jangan hanya sekadar hafal tanpa memahami maksudnya.

Kemudian amalkanlah doa-doa tertentu agar kita tidak lupa apa yg dihafal tersebut, disamping menjaga perbuatan dan amalan sehari-hari. Marilah kita mula bersama-sama dari sikit dulu, insya Allah lama-lama ia akan jadi banyak bila kita amalkan secara berterusan.

Ulasan

Al-Manar berkata…
I was somewhat surprised when you volunteered to give me the website of your old school. Havng read your biodata, I must say I am impressed. I only wish that you are able to contribute.
Are you likely to return to Malaysia to work?
Thank you for the information.
Pak Cik
sherry berkata…
Salam persaudaraan.

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman