Kita Sentiasa di perhati....

Satu jalan mudah yang dapat mengelakkan kita daripada melakukan perkara keji dan sia-sia ialah dengan sentiasa ingat bahawa 'kita sentiasa dalam perhatian Allah swt'.

Ingatlah firman Allah swt dalam al-quran bahawa DIA sentiasa memerhatikan kita:
"dan DIA bersama-sama kamu di mana saja kamu berada" - Al-Hadid:4
"Sesungguhnya bagi Allah tidak ada satupun yang tersembunyi di bumi dan tidak pula dilangit'

Jadi setiap Muslim yang ingat kaedah ini mampu menjaga diri, serta memastikan setiap detik dilalui dengan melakukan perkara-perkara berfaedah.

Allah swt juga mengingatkan kita bahawa DIA menugaskan dua malaikat yang bersama-sama dengan kita iaitu malaikat raqib dan atid. Kedua-dua malaikat ini bertugas menulis dan mencatat segala perbuatan kita, baik atau buruk.

Malangnya ramai yang kurang menyedari, dan kadang-kadang lupakan perkara ini. Itu menyebabkan ramai terjebak dengan aktiviti kurang sihat. Mungkin kita kurang meyakininya, almaklum tak dapat ditengok dengan mata kita.

Namun begitu dalam dunia canggih hari ini, kita akan dapat memahami hakikat 'kita sentiasa diperhati...' dengan begitu mudah. Alhamdulillah ia amat membantu orang-orang Islam memahami hakikat ini dan menguatkan lagi pergantungan kepada Allah swt.

Lihatlah penggunaan satelit untuk memerhatikan apa yang berlaku didunia hari ini, malah kita dapat melihat kawasan yang jauh dari kita dengan senang saja. Pendek kata kalau tak sempat balik kampung bolehlah kita balik melalui 'google earth'. Dapat melihat kampung halaman dalam internet saja sudah dapat menggembirakan hati kita.

Namun begitu kita tidak tahu apakah bentuk pemerhatian yang dilakukan kepada kita oleh pengendali-pengendali satelit ini. Jadi apakah kita masih belum yakin akan ajaran agama kita bahawa 'kita sentiasa diperhati...'.

Dalam melayari internet pula, kita dapat bertemu pelbagai program yang dicipta untuk memerhatikan apa saja perbuatan kita, kemudian setiap tempat yang kita tuju, web yang kita baca, komen yang kita tulis semuanya tercatit. Jadi setiap langkah kita, berapa lama masa kita habiskan diinternet semuanya ada dicatat.

Barulah kita sedar berapa lama masa kita dihabiskan didepan komputer...alhamdulillah Allah swt menjadikan orang-orang bukan Islam memikirkan satu cara untuk kita muraqabah diri kita.

Malah bagi para bloggers pula, dapat melihat siapa yang ke blog mereka, apa yang mereka baca, apa yang dicari, ke mana mereka pergi selepas membaca blog itu. Hai dunia...apakah orang-orang Islam masih belum mampu mengambil pelajaran dari usaha-usaha ini.

Sekiranya kita masih lagi was-was tentang muraqabah ini, fikirkanlah sekiranya manusia mampu mencipta pelbagai program untuk memerhati segala pergerakan kita di internet. Allah yang Maha Perkasa mampu melakukan lebih lagi untuk memerhatikan tingkah laku kita di dunia ini. Fikir-fikirkanlah...

Ulasan

Naa..a berkata…
za,ada tak no tel kawan2 yang mengajar diMMP. Sebab ada orang nak maklumat pasal mmp dan nak bagi sumbangan pada nurmadhihah tu. kalu ada bagi ko nah deh. tq

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas