WANITA PALING BAHAGIA

Beberapa peringatan Dr. Aidh al-Qarni dalam kuliah pagi ini ialah: "Jangan Marah" kerana sifat marah boleh merosakkan diri kita.

Cubalah menulis tulisan tersebut dan gantungkan di tempat yang kita selalu berada. Moga apabila melihat tulisan tersebut kita dapat menjaga diri kita daripada perasaan marah. Beliau membuat perbandingan perasaan marah dengan api. Apabila tidak ada apa-apa yang boleh dibakar, maka ia akan memakan kayu tersebut. Seperti juga diri kita, sekiranya kita selalu marah, tidak dapat mengawal perasaan kita, ia akan menghancurkan diri kita sendiri.

Jadi cubalah amalkan "jangan marah" serta "banyakkan bersabar".

Sekiranya wanita mampu memiliki sifat ini, banyak masalah rumahtangga akan mampu diselesaikan. Malah sekiranya wanita mampu memiliki sifat ini, wanita akan mampu meletakkan diri mereka lebih tinggi daripada lelaki.

Ingatlah juga bahawa "Aku adalah Wanita Paling Bahagia", kata-kata positif sebegini mampu menjadikan kita lebih optimis dalam kerja-kerja seharian kita. Walau berapa banyak ujian yang terpaksa kita tempuh, kita akan tetap berasa bahagia.

Sekiranya kita ingin merasa bahagia, jangan mengharapkan orang lain untuk berubah tetapi ubahlah diri kita. Sekiranya kita berubah ke arah yang lebih positif, maka kehidupan kita akan lebih bahagia.

Jangan banyak merungut tentang kehidupan kita, akan tetapi mulakan melakukan apa yang kita inginkan. Sekiranya kita asyik memikirkan tanpa berusaha, kita tidak akan mampu beroleh apa-apa, akan ttapi sekiranya kita mula melakukannya, akhirnya kita akan mencapai impian kita.

Redhalah dengan kehidupan kita, insya Allah kita akan beroleh kebahagiaan yang kita impikan.

BERBAHAGIALAH SEKARANG, JANGAN TUNGGU ESOK.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman