Makanan hari Ini

Bila menerima e-mail yang menceritakan tentang jenis-jenis makanan yang kotor, mengandungi bahan-bahan yang bahaya untuk tubuh, serta pelbagai lagi bahaya tersembunyi dalam makanan hari ini, timbul rasa gerun untuk memakannya.

Bila menerima artikel mengenai pemakanan ini, terasa alangkah baiknya mengamalkan makanan yang biasa-biasa sahaja, tak perlulah mengikut trend hari ini. Apa taknya sehari demi sehari kita menerima penjelasan tentang satu demi satu laporan negatif tentang makanan ini, terutama yang berasal dari barat.

Hari ini pulak terima laporan tentang roti, artikel yang amat panjang itu(kalau berminat nak baca e-mail saya) menjelaskan secara ditil tentang roti-roti yang dijual di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Rupa-rupanya pelbagai jenis roti yang dijual dikedai ditambah pelbagai unsur yang amat merbahaya untuk kita. Itulah sebabnya roti yang mereka hasilkan amat lembut dan tahan lama, berbanding dengan roti yang kita buat sendiri.

Tu belum termasuk pelbagai jenis makanan lain yang terdapat di negara kita. Malangnya kita cuma menjadi pengguna, tanpa memikirkan kesannya terhadap kita. Pendek kata makanan keluaran orang bukan Islam ini akhirnya akan diistiharkan membawa bahaya kepada manusia. Entah apa lah bahan yang mereka masukkan, proses dan jual dikedai, orang-orang melayulah yang suka membelinya, laku pulak tu.

Teringat semasa berada di Matrik UIA di Subang Jaya dulu, amat susah nak dapat makanan, terpaksalah menunggu pakcik melayu datang menjual makanan dengan van. Maklumlah kawasan orang-orang cina. Bila ada pasar malampun berapa kerat saja penjual melayu. Bagi yang rasa tak kisah mereka beli aje masakan orang cina, begitulah bagi orang yang tak prihatin. Akhirnya jalan selamat ialah memakan buah-buahan.

Sekiranya umat Islam menyedari hakikat ini, makan kerepek kering lebih baik, dapat juga khasiat. Ditambah lagi krisis ekonomi ni, sekiranya penganggur memikirkan untuk mengeluarkan makanan melayu, boleh juga membantu orang melayu sendiri. Malangnya ramai yang tidak mengambilkira kebersihannya, mereka beli pula bahan-bahan keluaran cina yang diragui kesuciannya sebagai contoh nugget, daging burger dan lain lagi.

Jadi bagaimana pemakanan kita? Orang kata tak boleh was-was sangat, susah...tak was-was apa jadi? Kena jadi surirumah yang belajar semua perkara ini dan membantu kawan-kawan lain, terutama untuk menjaga pemakanan hari ini.

Itulah diantara punca pelbagai gejala sosial hari ini, kerana makanan yang kita makan akan menjadi darah daging kita. Ia juga akan terkumpul dalam hati kita, serta organ-organ lain. Sekiranya unsur-unsur ini berlebihan maka akan keraslah hati kita, dan timbullah pelbagai perangai negatif seperti keliru, kurang tumpuan, was-was, dengki, cemburu serta pelbagai lagi sifat negatif.

Kitapun mulalah tertanya-tanya mengapa susah sangat nak mendidik anak-anak? Lepas tu terdapat pula pelbagai produk untuk mendidik anak agar jadi genius, terpaksalah pula menggunakan produk tersebut untuk memulihkan anak-anak. Hai dunia...begitulah bila kita tidak mengawal pemakanan kita.

Jadi apa yang seharusnya kita lakukan berkenaan perkara ini, kalau pilih tak makan laparlah kita. Kalau nak dikaji apa yang tukang masak masukkan dalam makanan masakan mereka letihlah kita. Kalau tak ikut trend orang akan kata kolot, anak-anak akan kempunan tak dapat merasa macam kawan-kawan mereka serta pelbagai lagi alasan kita. Hai susahnya hidup dalam dunia sebegini...

Tapi bersyukurlah kita bila berada dirumah, dapatlah belajar serba sedikit tentang makanan ini, dan dapatlah menyediakan dari rumah. Bila dah belajar tentang masakan ini, kenalah belajar mengubahsuai agar masakan kita bersih dan suci, serta menarik perhatian keluarga untuk menikmatinya. Kemudian perlulah dijelaskan kepada anak-anak mengapa kita berbuat begitu.

Ditambah lagi berada jauh dari tanahair, jadi kita berpeluang untuk belajar pelbagai masakan. Saya belajar melalui 'try and error', cuba-cuba kemudian ia dijadikan hidangan special untuk keluarga. Sebagai contoh masakan ayam goreng (ala KFC tu), mula-mula intai bagaimana orang kat pasar malam boleh menyediakannya, bila dah tengok cara penyediaannya, saya cari pulak resepi, bila ditokok tambah jadi lah resepi sendiri.

Anak-anak saya amat suka makan keropok lekor, tapi sebenarnya keropok lekor yang disediakan dikedai-kedai bukannya bersih sangat sebab mereka memesin segala tulang-tulang untuk menyedapkan lagi keropok tersebut. Bila dah ada yang sedia depan mata, kita beli juga walaupun hati terasa tidak puas, nak buat macammana...tambah lagi bekerja, sibuk tak sempat nak sediakan sendiri.

Tapi bila dah berada jauh ni, kenalah cuba buat sendiri. Alhamdulillah jadilah "keropok lekor versi Oman". Bila menggunakan ikan-ikan segar rasanya lebih sedap dan kita dapat memastikan kesuciannya. Anak-anakpun seronok memakannya.

Inilah kelebihan kita berada dirumah, terdapat banyak perkara yang mampu kita lakukan untuk memastikan pemakanan anak-anak terjaga. Kita juga dapat menyediakan alternatif kepada makanan segera dan biskut-biskut untuk kebaikan keluarga kita. Cuma kita perlu meluangkan masa mempelajarinya.

Begitulah dunia akhir zaman...sekiranya wanita terus menyibukkan diri dengan kerja-kerja lain, lihatlah apa yang akan berlaku kepada generasi seterusnya. Akan timbullah pelbagai jenis penyakit yang tidak pernah kita dengar, yang hari inipun kita rasa pelik. Apa pulak jenis penyakit yang akan timbul lagi...? Fikir-fikirkanlah...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman