Susahkah Menulis?

Menulis adalah salah satu cara kita meluahkan isihati dan berkongsi pendapat dengan orangramai. Namun begitu ia memerlukan kekuatan kita untuk melaksanakannya. Bukan senang untuk meluahkan segala idea yang berputar-putar dalam fikiran kita sekiranya kita tidak memiliki kekuatan.

Impian saya dari dulu ialah ingin menulis, menyampaikan sedikit ilmu yang dipelajari sekian lama. Tapi terasa diri sendiri belum kuat. Saya selalu menyoal diri sendiri, betul ke apa yang aku tulis? apa yang orang sangka terhadap tulisanku? Betulkah bahasa Melayu yang aku gunakan? Serta pelbagai lagi persoalan yang ingin mematikan usaha yang baru bermula ini separuh jalan.

Bukan sekali saya belajar 'research methodology' bahkan berkali-kali, termasuklah yang diadakan khusus untuk sesiapa yang akan melanjutkan pelajaran pada peringkat Phd di bawah SLAP. Malah begitu banyak teori untuk menulis dipelajari, termasuk juga kursus yang diadakan untuk menulis buku, tapi mengapa saya masih belum menulis?

Belajar teori sahaja belum memadai, sekiranya kita tidak mula melaksanakannya. Jadi mulalah menulis agar ilmu kita dibaca oleh generasi selepas kita seperti generasi ulama zaman dahulu. Bukan sekadar untuk meninggalkan lagenda diri tapi menunjukkan bahawa kita pernah berbuat sesuatu bak pepatah "harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama".

Namun sampai kini saya masih belum berani untuk menulis dalam erti kata yang sebenar? Mengapa orang lain yang cuma belajar sedikit tapi mampu menghasilkan tulisan sendiri dan ilmu mereka menjadi rujukan ramai? Persoalan mengapa...mengapa...mengapa ini kadang-kadang cuma tinggal persoalan. Tangan masih lagi belum mampu digerakkan untuk menulis, betul ke?

Itulah suara-suara negatif yang selalu ingin mematikan semangat saya untuk menulis. Suara-suara itulah yang mesti dihapuskan agar saya berhasil membuat sesuatu. Bagaimana pula dengan anda?

Setiap hari saya membaca pelbagai idea penulis lain, sama ada dalam internet ataupun dalam buku. Sekiranya nak dihitung begitu banyaknya buku yang telah saya baca sehingga kini, bukan riya' tapi itulah kenyataan. Bila belajar kita tidak boleh lari daripada membaca buku. Jadi sepanjang tempoh belajar, hidupku selalu dengan buku.

Ya Allah ampunilah hamba-Mu ini yang masih menyembunyikan banyak ilmu yang dipelajari selama ini. Ya Allah berikanlah kekuatan kepada hamba-Mu ini untuk menulis, sebagai satu jalan untuk menyampaikan segala ilmu-ilmu tersebut.

Sememangnya semasa belajar saya amat terasa kekurangan buku-buku yang ditulis dalam Bahasa Malaysia dan perasaan ingin menulis amat kuat, tapi ia lemah semula bila mengingatkan bahawa saya bukannya pakar bahasa melayu. Bila ingin mengkaji tentang adat-adat melayu saya terpaksa membaca tesis-tesis pelajar BA, kerana kekurangan buku yang ditulis tentangnya.

Disitu juga saya bertemu dengan pelbagai rahsia tentang tesis pelajar BA, suatu hari saya akan tulis tentang perkara itu. Itulah punca kekurangan buku dalam bahasa kita.

Namun bila melihat orang lain mengeluarkan buku satu demi satu, saya rasa terpanggil, aku mesti mula menulis, pedulikan apa orang kata...menulis blog ini adalah salah satu usaha untuk melatih menulis, meluahkan segala isi hati untuk melatih diri lebih berani.
Alhamdulillah saya beroleh sedikit kekuatan sekarang, moga-moga saya mampu meneruskan impian ini.


Ulasan

Mai berkata…
Keep on going girl, don't stop half way through. Believe in your gut, inshaAllah you soon be closer to your destination. You'd never know how many people you've inspire through your writing.
aliza berkata…
Terima kasih Mai.
Semoga Allah memberi kekuatan untuk saya menulis. Doakan sama ya.

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

'Ammi atau Fushah?

Muscat Festival 2016