Sekadar Berkongsi...Pameran Buku Oman

Alhamdulillah semalam saya berpeluang ke pameran buku antarabangsa Oman kali ke-14. Terasa seronok berada di dalam kawasan yang dipenuhi pengunjung yang mempunyai niat yang sama, mencari buku untuk dibaca. Walaupun cukup sekadar membeli beberapa buah buku, tapi pameran buku ini ternyata mampu memberi gambaran masyarakat Oman yang sukakan ilmu pengetahuan.

Pameran buku yang berakhir semalam itu mampu mengumpulkan penerbit dari banyak negara Arab lain termasuk buku-buku terbitan Oman. Memang kita tidak akan merasai keadaan ini di Malaysia walaupun ada pesta buku antarabangsa, kerana di Malaysia tak banyak penerbit buku Arab menyertainya kerana pemintaan terhadap buku-buku arab tidak banyak.

Beberapa perkara penting yang boleh dipelajari dari pameran ini ialah, seperti biasa apa-apa pameran di Oman mengambilkira pengasingan pengunjung lelaki dan perempuan, kecuali waktu petang yang dikhususkan untuk keluarga.

Tapi yang eloknya sifat orang Oman ini, bila satu kanuter itu dipenuhi oleh orang lelaki, tak akan ada wanita yang sibuk-sibuk nak menjengah ruangan tersebut. Jadi walaupun datang dengan keluarga, seolah-olah wanita ditempat wanita, dan lelaki di tempat mereka. Biasanya yang bercampur tu warga asing yang menetap di Oman. Waktu pagi biasanya dikhususkan untuk wanita dan pelajar-pelajar sekolah dan universiti.

Jadi kali ini saya berpeluang melihat-lihat trend penulisan buku orang-orang Arab sekarang. Sebenarnya saya berminat untuk memilih buku-buku tulisan orang barat, tapi disebabkan harganya yang terlalu tinggi, serta isi kandungan yang tidak sehebat mana, maka saya batalkan niat itu, dan memilih buku-buku Arab yang ternyata lebih murah dan lebih berinformasi.

Terdapat begitu banyak buku-buku bahasa Inggeris diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dan dijual dengan harga yang jauh lebih murah dari buku asal. Inilah usaha yang dilakukan oleh penerbit Arab untuk melariskan jualan mereka, serta menyebarkan ilmu dikalangan orang-orang Arab. Begitulah bangsa yang mengagungkan ilmu pengetahuan semenjak dahulu lagi.

Terdapat beratus-ratus penerbit buku dari serata negara Arab berkumpul, serta begitu banyak buku yang dipamerkan dan dijual. Namun begitu negara-negara Mesir, Syria, Lubnan dan Jordan ternyata menguasai bidang ini. Sekiranya trend menerbit dan menjual buku ini berterusan sebegini, tidak lama lagi umat Islam mampu bangkit semula.

Memang terdapat begitu banyak buku-buku, hasil kajian terbaru diterbitkan, kebanyakannya cuba menjelaskan Islam dari sudut pandangan yang baru, dengan teori dan konsep yang amat berbeza dari pendekatan ulama tradisional.

Diantara bidang yang amat diminati hari ini ialah siri-siri pembangunan diri, pengurusan masa, pendidikan anak-anak serta perubatan alternatif. Begitu juga pelbagai siri buku kanak-kanak yang bertujuan mendidik menurut ajaran Islam.

Buku-buku baru memang mesti dibeli, kerana susah untuk didapati dari perpustakaan. Masalahnya bagaimana nak memilih buku-buku yang begitu banyak? Banyaknya ilmu yang dikongsi oleh pemikir-pemikir Islam, namun umat Islam di seluruh dunia masih lagi mengagungkan idea-idea Tony Buzan dan yang seumpama dengannya.

Moga ilmu-ilmu yang dah diislamisasi ini diterimapakai oleh umat Islam untuk membangun Ummah, bukan sekadar menjadi ilmu tambahan di dalam sukatan pelajaran di universiti saja. Fikir-fikirkanlah...

Ulasan

rosnah yunus berkata…
za, alhamdulillah,dapat gak nah memantau blog za ni, sbelum ni bila aju je adress yang za bagi ni terus je dia suggest yang ntah apa2.best yek. camna la rasanya kat OMAN tu. nah xpernah lagi le pegi sejauh itu. Nak gi wat umrah pun blum agi..

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

Muscat Festival 2016

'Ammi atau Fushah?