Tips Hilangkan stress bagi Surirumah

Alhamdulillah kali ini kita sambung balik cerita surirumah ni. Sememangnya memilih untuk menjadi surirumah sepenuh masa bermakna kita memilih untuk menghadapi cabaran yang amat kuat terutama bagi wanita-wanita berpelajaran tinggi. 

Keputusan untuk berada dirumah bermakna kita memutuskan untuk meninggalkan gaya hidup yang lama, serta memulakan jadual baru. Ramai wanita terpaksa menghadapi keadaan stress pada peringkat permulaan berada di rumah, ada juga yang mencapai tahap yang kronik.
 
Jangan biarkan kita terperangkap dengan kata-kata orang sekeliling kita bahawa kita malas bekerja, kita penganggur dan pelbagai lagi kata-kata negatif. Ini kerana ia akan menyebabkan kita berasa rendah diri dan stress.

Sepatutnya wanita yang terpelajar lebih tahu mengendalikan diri setelah membuat keputusan ini, akan tetapi realitinya tidak seindah yang kita sangka. Itulah yang menyebabkan keadaan rumah yang tidak terurus, walaupun si isteri berada di rumah. Sebenarnya keadaan ini dapat diatasi sekiranya kita bersedia sepenuhnya sebelum memilih untuk berada di rumah.

Jadi di sini saya ingin berkongsi beberapa idea untuk membantu kita menguatkan nilai diri kita bila kita memilih untuk berada di rumah:

1. Kekuatan dalaman. Pastikan kita memiliki semangat yang betul-betul kuat untuk menghadapi jadual harian yang baru. Ia boleh didapati dengan memperuntukkan sedikit masa setiap hari untuk pengisian rohani, dengan mengamalkan zikir-zikir tertentu ataupun bacaan al-quran. Sememangnya pengisian begini penting untuk kekuatan dalaman kita. 

2. Carilah jiran-jiran yang mempunyai minat yang sama, dan mengadakan pertemuan mingguan untuk saling bertukar-tukar fikiran dan idea. Sebenarnya pertemuan sebegini amat penting untuk menambahkan semangat kita berada di rumah.
Kadang-kadang kita memikirkan cukup untuk berhubung melalui telefon atau e-mail, tetapi hakikatnya manusia memerlukan hubungan sesama manusia. Sebab itulah bila bekerja diluar kita berasa kuat, kerana kita sentiasa berhadapan dengan orang lain, itulah sebenarnya yang menguatkan kita. Jadi jangan jadikan peluang berada di rumah untuk mengasingkan diri dari masyarakat sekeliling, kerana akhirnya kita yang akan bermasalah.

3. Belajarlah kemahiran baru ataupun perkemaskan kemahiran sedia ada, agar ia dapat menjadi satu cara kita melepaskan stress kita. Sebagai contoh kemahiran menjahit banyak membantu wanita menguatkan nilai diri bila berada di rumah.
Bagi saya setiap kali terasa stress, saya akan mencari mesin jahit dan cuba hasilkan baju, beg dan sebagainya. Ternyata bila tumpuan diberikan untuk menyiapkan kerja tersebut, segala stress dapat diatasi. Apatah lagi bila berjaya menyiapkan hasil jahitan dengan sempurna, rasa gembira dan hilanglah segala stress itu. Malah sekiranya kemahiran tersebut dapat dikembangkan ia boleh menjadi sumber pendapatan kita berada di rumah.
  
4. Belajarlah memasak sebaik-baiknya, kerana kemahiran memasak juga dapat membantu kita menguatkan nilai diri berada di rumah. Ada wanita yang menjadikan kemahiran memasak sebagai satu cara melepaskan stress, kerana apabila tumpuan diberikan untuk memasak, fikiran yang berulang-ulang (stress) akan terhenti sendiri.

5. Pastikan kesihatan diri berada di tahap maksima, kerana bila tubuh sihat kita akan lebih cergas dan ceria. Malah banyak urusan akan mampu kita selesaikan dengan baik. Amalan mandi yang kerap dapat membantu menguatkan diri kita, terutama mandi pagi.
Sekiranya kita lihat kebanyakan wanita dulu mengamalkan mandi air sejuk (air perigi) sebelum subuh, kerana ia membantu menguatkan diri mereka. Malangnya generasi hari ini kurang mengendahkan amalan ini yang ternyata banyak membantu kita menguatkan sistem ketahanan tubuh.

6. Carilah jalan untuk memberi sumbangan kepada masyarakat di sekitar kita. Ini kerana apabila kita membantu orang lain, kita akan beroleh kekuatan diri. Janganlah kita menjadikan alasan kesibukan di rumah sebagai alasan untuk bergaul dengan orang lain.  Sekiranya kita membaca cerita-cerita wanita pada zaman Rasulullah, mereka selalu berkunjung dan bercakap-cakap sesama mereka, termasuklah isteri-isteri Rasulullah.
 
7. Cara terbaru yang saya temui ialah berenang dan menyelam. Ia dapat membantu kita menghilangkan stress, kerana bila kita berada di dalam air, kita akan fokuskan perhatian kita kepada renangan kita.
Menyelam sambil melihat ikan berwarna-warni berenang dalam kumpulan amat cantik, mengingatkan kita akan kebesaran Allah swt yang menjadikan alam ini, hinggakan kadang-kadang kita tidak sedar orang berada di tepi kita.
  
Terdapat pelbagai lagi cara untuk menghilangkan stress, bolehlah anda kongsikan pengalaman anda menghilangkan stress berada di rumah. 


Ulasan

sherry berkata…
Salam Za.
Thanks sudi menyambut salam persaudaraan dari akak.

Bagus posting Za ni.. As for me, just for sharing, akak pi main bowling, bagi akak, bowlinga dalah untuk persahabatan dak kesihatan. Some sort of riadah bagi akak and suami.

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

Muscat Festival 2016

'Ammi atau Fushah?