Muslim Tidak Perlu amalan Yoga

"Bila kita berubah, dunia akan berubah..."

Inilah motto kelab Yoga di Oman, mereka bekerja keras mempromosi aktiviti yang diadakan oleh mereka. Oleh kerana tertarik dengan motto mereka, saya berkesempatan melawat kelab mereka, dan berbincang sedikit sebanyak tentang aktiviti yang mereka jalankan.

Agak menarik juga program yang mereka sediakan secara percuma. Di antaranya hidup tanpa stress, meditasi Yoga dan Berfikir positif. Diikuti program mingguan dan seminar interaktif diantara peserta dengan pelbagai tajuk menarik setiap minggu.

Kawasan tempat tinggal saya ini memang agak aktif, kerana kawasan orang-orang India. Kebanyakan mereka menubuhkan kumpulan dan menyediakan pelbagai aktiviti, termasuklah kelab Yoga ini yang mempunyai ramai peserta dari kalangan orang-orang India.

Bagi saya, orangramai yang memilih untuk mempraktikkan yoga sedang mencari satu kaedah untuk menyelesaikan masalah mereka. Mereka ingin memantapkan diri dari dalam, apabila mereka bertemu dengan kumpulan pengamal yoga yang memang aktif di mana-mana maka mereka merasakan itulah cara terbaik untuk mereka lakukan.

Sekiranya ada kumpulan pendakwah Islam yang mampu menyediakan program dan bergerak cergas seumpama kumpulan Yoga, maka kita akan mampu memberikan khidmat seumpama ini kepada umat Islam yang masih mencari diri ini. Malah sekiranya kita mampu memberikan secara percuma, ia akan mampu menolong ramai orang mencari ketenangan, terutama dalam kemelesetan ekonomi hari ini.

Bila berbincang dengan pengamal Yoga ini, memang tidak ada perkara baru dalam Yoga, ia adalah amalan mereka (bukan Islam) untuk mencari kedamaian dalam kesibukan hari ini.

Isu-isu yang mereka bawa adalah "bagaimana untuk hidup sihat", bagaimana untuk meningkatkan nilai diri (self-esteem), bagaimana mengurangkan perasaan marah", bagaimana memberikan keharmonian dalam hubungan sesama kita", "membuka potensi diri" serta pelbagai lagi perkara yang positif.

Pokok persoalannya ialah bagaimana kita mengurus diri agar dapat hidup tenang, yang mana ia tidak lari daripada ajaran agama kita. Masalahnya orang-orang Islam yang sampai ke kelab-kelab sebegini, tidak mempunyai asas agama yang mantap. Mereka sedang mencari sesuatu...Bagi mereka selagi amalan ini memberi ketenangan kepada mereka apa salahnya mereka amalkan.

Malah pada hari ini ramai orang ingin kembali menikmati ketenangan seperti orang dulu-dulu. Jalan yang mereka pilih adalah dengan mengamalkan meditasi sama ada yoga ataupun pelbagai jenis amalan tenaga dalam yang begitu banyak dinegara kita. Dengan amalan sebegini mereka beroleh ketenangan, dan mampu mewujudkan hubungan baik dengan orang-orang disekeliling mereka.

Ramai yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk memperoleh ketenangan ini. Malah segala teknik-teknik ini akan membawa kita kembali ke tahap fitrah, iaitu memilik sifat-sifat mulia dan positif. Akan tetapi sebagai orang Islam kita memerlukan penjelasan daripada Quran dan Sunnah agar segala amalan yang kita amalkan tidak lari dari ajaran Islam.

Sebenarnya Muslim tidak perlu kepada amalan Yoga dan segala macam amalan tenaga dalam, tetapi perlu kembali mengamalkan sunnah Rasulullah saw. Kembalilah menghayati amalan yang diajar oleh Nabi kita. Ini kerana Rasulullah saw sendiri menghidupkan pelbagai amalan wajib dan sunat tanpa memerlukan teknik-teknik tertentu seperti yang tersebar hari ini.

Di samping itu mantapkanlah diri dengan menghadiri kelas-kelas dan perbincangan tentang ajaran Islam kerana apabila asas ini mantap, maka kita tidak akan tercari-cari amalan lain untuk menguatkan diri kita.

Apabila kita menjaga amalan solat fardhu dan sunat, mengamalkan wirid-wirid yang sahih daripada Rasulullah saw, mengaji Al-Quran setiap hari maka kita sudah mampu memperolehi ketenangan diri. Malah sekiranya kita mampu melaksanakannya secara konsisten, itulah ubat kekosongan jiwa kita.

Maka tidak perlulah kita bersusah-payah mengamalkan amalan orang bukan Islam, apa yang ada dalam agama kita sudah lebih dari cukup untuk memenuhi keinginan rohani kita.

Inilah hadiah daripada pembangunan tidak seimbang yang berlaku dinegara kita. Kita terlalu mengejar kehebatan duniawi dengan mengabaikan pengisian rohani. Akhirnya ramai yang tercari-cari amalan yang boleh membantu mereka sedangkan kesemuanya dah ada dalam ajaran kita, malah diamalkan secara tersusun oleh datuk nenek kita dahulu.

Itulah sebenarnya kelebihan amalan zikir-zikir dan doa yang dilakukan secara konsisten setiap kali lepas solat. Malah apabila amalan ini dilakukan secara berkumpulan dimasjid-masjid, ia mampu menguatkan mereka serta menyatupadukan umat Islam suatu ketika dulu. Akan tetapi ia kurang diamalkan oleh orang zaman sekarang dek kesibukan masa. Fikir-fikirkanlah...

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum Liza

Memang betul apa yang telah diutarakan. Tidak dinafikan dengan sebegitu banyak promosi tentang senaman untuk meningkatkan tenaga dalam dan sihat tubuh badan, umat islam di malaysia secara amnya terpengaruh untuk mencarinya. Ini termasuklah yoga. Sayapun terpengaruh jugak diawalnya. almaklum ingin sihat.

Amalan ibadat seharian yang dilakukan muslim seperti solat lima waktu itu juga sebenarnya satu senaman. Puasa pun sama. apa yang boleh kita lakukan sebagai seorang muslim, cuba hayati ajaran rasulullah. Semasa berwuduk, berpuasa dsb. Memang banyak hikmahnya. Cuma kita sebagai muslim mudah terpengaruh dgn pelbagai iklan yang dikeluarkan.

Tak salah mencari senaman2 yang sesuai untuk kita seperti berjogging, aerobik dsb tapi kenalah tahu batas2nya sebagai seorang muslim.

Ok. That's it for now Dr Aliza. Hope you are well and happy. Do contact me. I missed you dear.

From me
Nonie
aliza berkata…
Waalaikumussalam,

Terima kasih atas kunjungan Nonie.
Tulisan di atas ni hasil pengalaman bertahun mencari diri. Rupa-rupanya diri sendiri yang keliru dan dikelirukan.
Alhamdulillah ilmu yang dipelajari selama inilah asasnya. Subhanallah, segala ujian mengajar lebih mengenal diri. Begitulah manusia...

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

'Ammi atau Fushah?

Muscat Festival 2016