Kenangan Persahabatan
Bila mengenang kembali peristiwa yang dilalui sepanjang hidup ini, maka timbullah kembali cerita-cerita lama yang dilalui bersama-sama insan yang bernama SAHABAT. Sama ada dia seorang sahabat karib, atau sempat berkenalan sekejap sahaja, ia akan tetap hidup dalam memori orang memahami "apa itu sahabat?" Bila kita baca sirah hidup Rasulullah SAW, kita akan bertemu cerita-cerita insan yang dinamakan "Sahabat Rasulullah", mereka yang pernah bertemu dengan baginda semasa hayat baginda, termasuklah sahabat yang menyampaikan ajaran baginda kepada generasi seterusnya. Mereka begitu ikhlas menyampaikan dakwah Islam serta meneruskan perjuangan baginda, sehingga ada yang sanggup berpindah ke tempat lain semata-mata kerana ingin meluaskan dakwah baginda. Begitulah hebatnya sahabat Rasulullah saw. Menurut sejarah pada masa kewafatan Rasulullah saw, baginda mempunyai lebih daripada 100 ribu sahabat. Namun begitu, Rasulullah cuma mempunyai empat orang sahabat sejati, yang betul-b...