Surirumah Penganggur?

Alhamdulillah semalam saya berkesempatan menonton perbincangan tentang "Pembantu Rumah: Penjenayah atau Dizalimi?". Memang menarik perbincangan ini kerana penonton disajikan dengan komen-komen dan panggilan secara langsung daripada penonton. Jadi kita mendapat maklumat dan berkongsi pengalaman mereka.

Menurut Ahli Panel (lupa nama dia...) 90% daripada rumah-rumah di Arab Saudi memiliki pembantu rumah. Maknanya ramai betul orang luar disitu, yang kebanyakannya dari Indonesia, Filipina dan India. Manakala 50% daripada rumah yang memiliki pembantu rumah menyerahkan urusan sepenuhnya kepada pembantu rumah, termasuklah urusan memasak dan mendidik anak-anak.

Bayangkan apa yang surirumah buat sekiranya tidak melakukan tanggungjawab utama mereka, iaitu mendidik anak-anak? Bayangkan keadaan anak-anak yang mendapat didikan pembantu rumah? Malah ada remaja yang menelefon memberitahu bahawa sebenarnya mereka lebih dekat dengan pembantu rumah kerana sikap ibubapa yang terlalu garang. Bayangkan pula apa akan jadi kepada generasi seterusnya? Memang menyedihkan bila mendengar perangkaan sebegini berlaku di dalam sebuah negara Islam, dan berlaku kepada surirumah.

Namun inilah realiti yang berlaku kepada umat Islam dimana-mana. Surirumah tidak mampu menunaikan tanggungjawab mereka, walaupun setengahnya berada di rumah. Inilah kesan serangan pemikiran dari barat.

Mengapa saya berkata begitu? Ini kerana sepanjang pengalaman bergaul dengan surirumah, ramai yang tidak redha berada di rumah. Mereka mengharapkan untuk keluar dan bebas ke mana-mana sama ada bekerja ataupun tidak. Malah ada golongan yang menganggap surirumah adalah penganggur dan malas bekerja.

Inilah juga fikrah yang ditanamkan ke dalam minda pelajar-pelajar wanita, mereka belajar untuk mendapat pekerjaan dan mesti bekerja. Mereka tidak ditonjolkan dengan kelebihan menjadi wanita, kelebihan mereka mendidik anak-anak dan melakukan kerja-kerja rumah. Jadi wanita lebih nampak tugasan yang jauh, dan memandang remeh tugas mendidik anak-anak. Ingatlah apabila wanita Islam jauh daripada tanggungjawab asal mereka, maka senanglah usaha-usaha musuh Islam mempengaruhi kita.

Jadi betulkah surirumah adalah penganggur? Sekiranya kita berkata 'ya', bermakna semua wanita mesti bekerja agar tidak dilebel sebagai 'penganggur sepenuh masa'. Apa akan jadi kepada wanita yang tidak berpelajaran, apa jenis pekerjaan yang akan mereka lakukan?

Pada 9 September 2006, saya terbaca satu tulisan dalam suratkhabar TIMES OF OMAN, artikel yang ditulis oleh seorang warga Malaysia di sini amat menyentuh hati saya. Tulisannya antara lain mempersoalkan kredibiliti universiti di Malaysia dan persoalan pelajar wanita. Beberapa perkara yang dinyatakan tentang lepasan universiti di Malaysia ketika itu (rasanya tak jauh bezanya dengan sekarang).

Di antaranya "hundred of applicants – top graduates who are marathon runners, straight-A students who are volunteer workers – but some can’t analyse, some have no initiative and almost all don’t communicate well...In this Southeast Asian country, m
any universities are turning out sub-standard graduates because, experts say, of poor schooling beforehand and an affirmative-action policy that has robbed some of the brightest students of a university education".

Bahagian yang paling menarik hati saya ialah "Many of the unemployed graduates are Malay woman from public universities, government data shows ethnic Malays make half of the population of 26 million, many are rural poor and until recently had priority in gaining places in public universities".

Tak sangka rupa-rupanya ramai wanita melayu berpelajaran tapi tidak mendapat peluang kerja, dimanakah mereka kini? Apakah pendapat mereka tentang berada dirumah? Bagi saya sekiranya wanita-wanita sebegini berada di rumah, bermakna negara kita memiliki ramai surirumah berpelajaran. Orang berpelajaran selalunya hebat dalam pengurusan rumahtangga. Jadi tidak mustahil generasi anak-anak mereka akan menjadi insan-insan berguna dan hebat.

Bagi saya perkara utama ialah pelajaran kerana orang berpelajaran adalah orang yang mempunyai ilmu dan prinsip hidup yang jelas. Mereka mampu membawa diri dalam apa jua situasi, malah mereka akan mampu menjadi ejen perubahan dalam masyarakat.

Apabila mereka berkahwin dan memiliki anak-anak, mereka akan mempunyai lebih masa untuk mendidik anak-anak mereka. Malah sekiranya surirumah berpelajaran ini menyumbang bakti dalam masyarakat, kita akan mampu memiliki masyarakat yang celik ilmu. Ia amat berbeza dengan surirumah yang buta huruf, seperti yang kita lihat dalam masyarakat dulu di Malaysia, dan di kebanyakan negara lain.

Apakah anggapan kita terhadap surirumah ini, adakah mereka penganggur? Apakah mereka betul-betul rela berada di rumah? Apakah pandangan mereka? Satu tajuk yang amat penting untuk dibuat kajian, dan boleh menjadi panduan kepada wanita-wanita lain tentang bagaimana mereka menghadapi cabaran hidup tanpa pekerjaan dan berada dirumah sebagai 'surirumah sepenuh masa'.

Ulasan

Unknown berkata…
Assalamualaikum wbt

Dr, saya amat menyokong sesiapa sahaja yang ingin menjadi surirumah. Tetapi mereka mesti menjadi surirumah berilmu, bukan setakat ilmu duniawi, yang penting ilmu ukhrawi. Ilmu kekeluargaan, ilmu mendidik anak, ilmu menguruskan rumahtangga, ilmu ekonomi dan pelbagai lagi ilmu yang perlu ada. Kejayaan di sekolah dan universiti hanyalah kejayaan di mata manusia. Tetapi kejayaan mendidik anak mengenal Allah lebih utama. Semoga semua ibu-ibu di dunia ini berjaya mendidik anak mengenal Penciptanya
UmmuLatifah berkata…
Terimakasih atas perkongsian di sini.
Memang ilmu2 sebegitulah yang sepatutnya ada pada setiap wanita. Bila dah ada ilmu,ia dapat membenteng diri kita sepanjang masa terutama ilmu agama.

Mengikut Dr. Tariq Habeeb, pakar ilmu psikologi Islam, sekiranya kita memiliki ilmu agama, setiap ujian diterima dengan redha, serta menganggap bahawa bila ditimpa ujian, kita makin dekat dengan Allah swt.

Bagi saya apalah yang ada pada sijil,sekiranya kita gagal mendidik anak2 mengenal Allah. Kejayaan sebenar pada seorang ibu ialah apabila dia mampu mendidik anak-anak mengharungi hidup di alam ini.

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman