Pentingkah Imaginasi?

Alhamdulillah, tiba-tiba terfikirkan tentang imaginasi, mengapa ye? Perlukah imaginasi dalam hidup ini? Pentingkah kita memiliki daya imaginasi yang tinggi?

Mengapa persoalan ini timbul?
Bila berinteraksi dengan anak-anak, mereka selalu membayangkan pelbagai perkara yang tidak kita bayangkan. Bila mereka melukis, pelbagai hasil imaginasi mereka lukiskan, hinggakan garis-garis dimukapun mereka lukis.

Setiap orang memiliki imaginasi yang tersendiri, yang tidak boleh disamakan dengan imaginasi orang lain. Itulah kehebatan manusia.

Bila difikirkan balik dalam ajaran Islam kita diajar berimaginasi dalam banyak perkara. Bayangkan setiap kali kita mengaji al-quran kita dihidangkan dengan pelbagai tajuk imaginasi yang hebat-hebat seperti proses kejadian alam, kejadian manusia, keadaan manusia pada hari kiamat, keadaan manusia di syurga dan neraka.

Jadi mengaji al-quran adalah proses kita berimaginasi dan membentuk misi kita dimasa depan. Sekiranya kita mengaji al-quran setiap hari bermakna kita mengulang-ulang imaginasi tersebut, kita membaharui keinginan hati kita. Subhanallah.

Bila kita mempelajari rukun Iman, kita juga belajar menerima satu perkara yang tidak nampak, bagaimana beriman kepada Allah, malaikat, kitab, rasul, hari kiamat dan qada' dan qadar. Semuanya perkara yang tidak pernah kita lihat tapi kita perlu menyakininya dan beriman dengannya.

Jadi dari situlah kita belajar menerima perkara yang tidak nampak, tapi meninggalkan kesan ke dalam hati kita.

Apa pendapat anda tentang sifat manusia yang lebih teringat orang yang jauh dari mata, sedangkan yang dah ada didepan mata dibuat tak endah. Itulah yang banyak berlaku kepada pasangan yang bercinta, ketika jauh dari mata sentiasa terkenang, tapi bila dah berkahwin buat-buat tak nampak...betul ke? Moga kita tidak tergolong ke dalam golongan ini, cik abang dah depan mata kenalah hargai selalu.

Itupun salah satu perkara yang terhasil dari imaginasi kita.

Ada orang imagnasikan perkara negatif kemudian berdoa minta dijauhkan perkara tersebut daripada terjadi kepada mereka. Yang lain berimaginasikan perkara positif dan berdoa untuk mendapatnya, apakah sama hasil yang akan mereka dapat? Sebaik-baiknya imaginasikanlah perkara-perkara positif sahaja agar senang perjalanan hidup kita.

Jadi bagaimana proses imaginasi ini mampu diperteguhkan? Bayangkan semanjak kecil kita membesar dengan imaginasi tersendiri, kadang-kadang kita mampu membayangkan benda-benda yang tidak pernah kita lihat. Dari situlah kita membina kekuatan imaginasi kita.

Kita juga membina keinginan untuk memperolehi sesuatu yang dibayangkan oleh kita. Apabila imaginasi ini berulang-ulang ia akan membentuk imej yang jelas kepada kita tentang apa yang kita mahukan dalam hidup kita. Insya Allah kita akan beroleh keinginan tersebut dengan daya usaha dan doa kita secara berterusan.

Bayangkan pula anak-anak yang semenjak kecil ditunjukkan gambar pelbagai benda, apakah mereka mampu memiliki kekuatan imaginasi seperti kanak-kanak yang tidak pernah ditunjukkan gambar tersebut? Ia akan berlaku dua kemungkinan, sekiranya kita pandai mendidik mereka akan memiliki daya imaginasi yang lebih dari gambar tersebut, tapi silap mendidik mereka akan menerima bulat-bulat apa yang dilihat dalam gambar itu dan imaginasi tersebut akan terhenti disitu sahaja.

Itulah juga yang berlaku dalam dunia hari ini, disebabkan kita mampu memperolehi gambar-gambar dengan senang, maka kita tidak terasa kepentingan memantapkan imaginasi kita. Bayangkan ulama Islam dahulu berimaginasi hinggakan mereka mampu membayangkan sistem aliran darah dalam tubuh kita tanpa menggunakan apa-apa alat, dan penemuan mereka menepati apa yang mampu kita lihat melalui alat-alat canggih hari ini.

Itulah kehebatan imaginasi yang tinggi. Apakah kita mampu mendidik anak-anak kita untuk memiliki imaginasi sehebat itu?

Bukan senang untuk mendidik anak-anak menerima sesuatu perkara yang tidak nampak, begitulah susahnya nak mendidik mereka untuk meneguhkan aqidah sekiranya mereka membesar tanpa kesusahan berimaginasi. Mungkin itulah sebabnya ibu-ibu zaman dahulu membiarkan anak-anak membesar tanpa mengajar mereka, untuk mendidik imaginasi kanak-kanak.

Mungkin itulah yang nak disampaikan oleh Rasulullah saw apabila bersabda: "Ajarlah anakmu solat apabila berumur tujuh tahun...." agar kita memberi peluang kepada anak-anak berimaginasi sebelum melaksanakan sebarang urusan. Apabila proses imaginasi sudah mantap maka teruslah mendidik mereka sebagaimana yang disuruh dalam agama.

"Ajarlah anakmu menguatkan emosi (EQ) sebelum mengajar mereka menguatkan intelek mereka (IQ), kerana kekuatan emosi akan membantu mereka dalam membina jatidiri dan kejayaan yang berterusan, ia juga akan membantu kekuatan spiritual mereka ". Fikir-fikirkanlah....

Ulasan

aliza berkata…
Salam,
Bila bercerita tentang pendidikan anak-anak ni, bukannya saya ambil bulat-bulat apa yang orang tua zaman dulu amalkan, kita sesuaikan dengan ilmu yang ada.

Cuma saya lebih memberi peluang kepada anak-anak untuk menghargai alam sekitar, agar mereka terasa ada perkaitan kita dengan alam sekitar. Dari situ mereka akan beroleh ketenangan.

Tambah lagi bila mereka belajar memerhati, satu serangga yang kecilpun mampu memberi pengajaran kepada mereka. Apa lagi bila digalakkan untuk mengasihi haiwan dan makhluk Allah yang lain.

Saya selalu ingat pesan suami: "berpada-pada dalam mengajar anak-anak, agar mereka memahami bukan merasa tertekan dengan amalan agama kita".
aliza berkata…
Bila bersembang dengan wanita-wanita Arab terasa betapa kita yang terlebih-lebih dalam mengajar anak-anak, maklumlah kita banyak menimba ilmu dari barat terutama dalam mendidik anak-anak.

Dalam masa yg sama bila membaca buku-buku ulama Arab pandangan mereka banyak disandarkan kepada Al-Quran dan Sunnah serta adat yang diamalkan turun temurun dari nenek moyang mereka.

Jadi apakah sama kedua ilmu ini?

Ingatlah kajian orang Barat walaupun nampak hebat tapi mereka tidak memahami hakikat kejadian manusia sebagaimana yang dijelaskan dalam agama kita. Ini kerana mereka tidak menghiraukan persoalan pokok mengenai manusia yang terdiri daripada roh dan jasad. Wallahua'lam

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman