Sedih Melihat Kisah Anak-anak Gaza

Semalam air mata mengalir lagi bila menonton cerita anak-anak Palestin di Gaza, sedihnya melihat penderitaan mereka. Tidak dapat saya bayangkan jika ia berlaku kepada anak-anak kita.

Anak-anak ini yang dah lali dengan bom tapi menjadi trauma dengan perang itu. Malah menurut pakar psikologi trauma ini akan mengambil masa untuk pulih sehingga kita tidak dapat mengagak apa yang ada dalam fikiran anak-anak ini. Melihat dari luar mereka seperti kanak-kanak lain tapi bila disoal pelbagai reaksi negatif mula kelihatan.

Teringat pula kisah kanak-kanak yang disiarkan beberapa hari selepas gencatan senjata berlaku. Kanak-kanak yang kehilangan seluruh ahli keluarga kini yatim piatu. Apabila dibawa melawat runtuhan rumah beliau, kanak-kanak ini menceritakan tentang keluarga beliau yang semuanya syahid dibom dirumah sendiri sambil menunjukkan baju-baju dan barang-barang yang ditemui milik siapa. Akhirnya dalam kesedihan beliau bertemu dengan kucing kesayangannya di celah-celah runtuhan rumah. Itulah satu-satunya punca kegembiraan beliau, yang tinggal hanyalah seekor kucing...

Semalam pula pelbagai lagi kisah anak-anak yatim ini dipaparkan. Memang menyedihkan...

Namun begitu terdapat pelbagai perkara tentang kanak-kanak yang dapat kita pelajari disitu. Itulah fitrah kejadian kanak-kanak..malah kehebatan itu amat jelas bagi sesiapa yang memerhati dan berfikir.

Bayangkan kanak-kanak Palestin yang tidak pernah belajar sejarah tapi mampu menceritakan sejarah Palestin dan kejadian semasa. Malah kanak-kanak yang berumur tujuh lapan tahun mampu mengambarkan pelbagai perkara yang tidak pernah kita fikirkan. Itulah kehebatan yang ada pada kanak-kanak diluar kajian ahli psikologi barat.

Apakah yang kita lakukan untuk menolong mereka? Apakah kita mengira perang sudah berakhir maka kita akan balik seperti biasa, dulu boikot sekarang tidak perlu lagi.

Ingatlah bahawa keadaan di Gaza masih seperti sebelum perang, mereka masih lagi terkurung dari dunia luar. Israel masih belum membatalkan kepungan ke atas mereka, jadi kita mestilah terus menyokong mereka dengan terus memboikot barangan Yahudi...kesian mereka.

Moga-moga Allah terus menguatkan hati mereka menghadapi ujian itu...kerana merekalah punca kekuatan perjuangan umat Islam di seluruh dunia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

Muscat Festival 2016

'Ammi atau Fushah?