Bersyukur Selalu

Alhamdulillah moga-moga kita termasuk ke dalam golongan hamba Allah yang sentiasa bersyukur di atas nikmat yang diberikan-Nya kepada kita.

Bersyukurlah kerana kita masih diberi peluang untuk hidup di alam ini, berpeluang memiliki kasih sayang-Nya, kasih sayang suami, anak-anak, keluarga dan sahabat-sahabat kita.

Bersyukurlah kerana kita mampu berada di rumah tanpa perlu bertungkus lumus seperti wanita-wanita yang bekerja.

Bersyukurlah juga kerana dikurniakan cahayamata yang mampu memberikan kegembiraan kepada kita setiap waktu. Rehdalah dengan anak-anak kita, terimalah kebolehan mereka seada mereka.

Redhalah menerima segala ketentuannya, kerana bila kita meredhai bermakna kita bersyukur diatas limpah kurnia itu. Semakin banyak kesyukuran kita, makin luaslah rahmat Allah kepada kita.

Sekiranya terdetik dihati akan kekurangan kita, ingatlah bahawa manusia tidak pernah sempurna, yang sempurna hanyalah Allah swt. DIA telah memberi sebaik-baik pemberian kepada kita, jadi bersyukurlah. Alhamdulillah.

Teringat pula suatu hari saya terbaca satu blog yang mencadangkan agar kita mencatatkan segala kesyukuran kita setiap waktu. Di situ dicadangkan agar kita menulisnya di GratitudeLog.com, entah mengapa saya terlalu senang menerimanya dan daftarkan diri disitu. Sampai sekarang saya masih menerima peringatan mereka tentang mencatatkan kesyukuran setiap waktu, alhamdulillah.

Walaupun tak pernah update digratitudelog, saya sentiasa menerima peringatan mereka agar saya bersyukur.

Sekurang-kurangnya peringatan seperti :
" I noticed that over the past few days you didnot have a chance to express your daily gratitude and so I wanted to check in with you and find out how I can help. Did you know that those that express their gratitudedaily are 25% happier than those that don't?"

Jadi sebaik-baiknya kita sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang kita perolehi setiap waktu. Betul juga apa yang dilakukan oleh Mat salleh tersebut, cuma kepada siapakah ditujukan kesyukuran mereka?

Alhamdulillah sebagai orang Islam kita bersyukur kepada Allah, pencipta kita. Moga-moga segala kesyukuran yang kita panjatkan beroleh ganjaran sewajarnya dari Allah swt. Jadi bersyukurlah selalu.

Bila borak-borak dengan suami, terimbas kembali detik genting masa mengandung dan melahirkan empat orang anak berturut-turut. Dalam masa yang sama berperang dengan pelajaran, peperiksaan kemudian tesis Phd. Memang perit dan susah, namun hari ini saya bersyukur kerana ujian tersebut telah mampu dilepasi
dengan jayanya. Malah saya diberikan peluang untuk berehat dan menumpukan perhatian kepada keluarga. Alhamdulillah itulah pengalaman yang tidak mampu saya lupakan.

Bagi kawan yang masih dalam perjalanan sebegitu, tabahlah menghadapi ujian itu, sesungguhnya hasilnya amat manis. Jangan lupa bersyukurlah selalu...moga kita di Rahmati-NYA.







Ulasan

Rosnah berkata…
betul kata liza tu. bagi za susah dulu senang kemudian.Nah ni pulak senang dulu susah kemudian. Dulu masa anak-anak kecik nah tumpukan pada mereka. kini na belajar lagi. bukan apa bila nah berada pada situasi ni nah rasa seperti menunaikan fardhu kifayah. Buat situasi nah, kalau di Rompin, bila sebut ustazah, sering orang memperlekehkan.. kononnya ustazah tak pandai itu dan ini. Jadi nah cuba memartabatkan imej pendakwah ni. nah ingin menguasai IT, Kepimpinan dan sekarang nah telah membuktikan ustazah juga mampu. tak lemah malah melebihi dari guru-guru lain yang dikatakan hebat. Za, satu ketika nah pernah dihina oleh seorang gb.dengan kata-katanya apalah yang ustazah tahu? hanyalah bab2 agama je.. ustazah jangan memandai dengan urusan lain.. sedih sangat.. nah ingin mengangkat mej ustazah ni.. za. atleast guru besar yang berkata demikian tak memberi tanggapan demikian kepada orang lain. Walaupun nah belajar kosnya banyak berbelas2 ribu malah cecah puluhan ribu, nescaya ilmu yang nah ada ni nah nak buat jariah. Free je nah akan beri kemahiran kepada kawan-kawan yang perlu. Tapi bak kata orang ramai orang yang tak memandang ilmu itu sebagai nilai, kecuali kepada si pencari ilmu...
aliza berkata…
Semoga terus berjaya mencapai cita-cita. Sememangnya masyarakat di mana-mana memandang rendah terhadap lulusan agama. Di sinipun sama.
Moga-moga ramai lagi sahabat yang berusaha menaikkan martabat pelajar agama/ustaz/ustazah di mata masyarakat.
Ma'a al-taufiq wal-najah.
aliza berkata…
Semoga terus berjaya mencapai cita-cita. Sememangnya masyarakat di mana-mana memandang rendah terhadap lulusan agama. Di sinipun sama.
Moga-moga ramai lagi sahabat yang berusaha menaikkan martabat pelajar agama/ustaz/ustazah di mata masyarakat.
Ma'a al-taufiq wal-najah.

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

Muscat Festival 2016

'Ammi atau Fushah?