Hebatnya Ciptaan Allah

Alhamdulillah, kita diberi peluang oleh Allah swt untuk bernafas di alam ini. Peluang untuk mengatur hidup yang kita tidak tahu bila akan berakhir.

Jadi dalam mengharungi kehidupan ini kita akan bertemu pelbagai ragam manusia, yang memang akan menguji keimanan kita. Alhamdulillah itulah tanda Allah menyayangi kita. Itu juga tanda betapa hebatnya makhluk ciptaan Allah ini. Oleh itu sentiasalah berpandangan positif kepada setiap insan yang kita temui, moga Allah menimbulkan rasa kasih dihatinya terhadap kita.

Sekiranya kita ingin berfikir tentang kehebatan ciptaan ini, lihatlah dari mana-mana sudutpun kita akan bertemu jawapannya. Subhanallah. Melihat semut berbaris-baris dan bekerjasamapun sudah cukup mengajar kita. Apatah lagi lalat yang berterbangan, ulat-ulat yang memakan daun semuanya memberi gambaran kehebatan Allah swt.

Walaupun kadang-kadang kita terasa apa gunanya Allah menjadikan makhluk sebegitu. Namun DIA lebih tahu kegunaan setiap kejadian-NYA. Itulah kehebatan Allah yang tidak akan mampu dicabar oleh mana-mana makhluk di alam ini.

Teringat cerita kartun tentang lebah, yang memberi pengajaran kepada saya bahawa serangga sekecil lebahpun mampu menghancurkan alam ini sekiranya ia tidak dijadikan oleh Allah swt. Tanpa lebah yang bekerja mengutip madu bunga, alam ini tidak akan berseri, pokok-pokok akan kekeringan dan tidak membiak.

Malah kuman atau viruspun ada kegunaannya. Subahanallah. Sesungguhnya manusia tidak akan mampu memahami hakikat kejadian di alam ini tanpa panduan Rasul yang diutus oleh-NYA.

Bayangkan sekiranya semua virus dalam tubuh kita dimatikan semua sekali, kita tidak akan mampu hidup. Ini kerana Allah menjadikannya dengan tugas-tugas tertentu. Sebab itu Allah mengutuskan Rasul untuk mengajar kita cara-cara mengawal tindakan virus-virus ini dengan mudah. Antaranya bacaan 'bismillah' kerana apabila kita membaca bismillah semua virus tidak akan memberi mudarat kepada kita. Subhanallah.

Malah amalan membaca doa sebelum dan selepas makan juga amat besar manfaatnya. Sekiranya lupa bacalah 'bismillah awwaluhu wa akhiruhu' agar kita beroleh manfaat daripada makanan kita. Juga digambarkan dalam satu hadis bahawa syaitan akan makan bersama-sama kita sekiranya kita tidak mulakan dengan bismillah tapi sekiranya kita baca doa tersebut, maka ia akan meluahkan apa yang dimakan bersama-sama kita.

Kadang-kadang kita terasa buat apalah diamalkan doa-doa sebegitu, tapi itulah pendinding diri yang paling hebat diajarkan oleh Rasulullah kepada kita. Apakah ada umat lain dalam dunia ini diajar seditil ini? Alhamdulillah beruntungnya umat Islam.

Malah bila kita melihat kejadian manusiapun begitu unik, tidak akan ada manusia yang sama walaupun zahirnya agak sama. Siapakah yang mampu menjadikan kejadian sebegitu unik selain Allah swt. Betapa kerdilnya aku di sisi-Mu ya Allah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

'Ammi atau Fushah?

Muscat Festival 2016