Surat Berantai

Saya selalu menerima e-mail yang menyuruh kita meneruskan 'forward' e-mail tersebut kepada kawan-kawan lain. Kadang-kadang 7 orang, 9 orang, 1o orang, 12 orang serta pelbagai versi lain.

Yang tak sedapnya ia seolah-olah menakutkan penerima e-mail tersebut bahawa dia akan ditimpa bencana sekiranya tidak forwardkan e-mail tersebut. Ada jugak yang menggunakan tajuk "betul ke" bagi e-mail berkaitan amalan-amalan tertentu. Amalan tersebut memang baik, tapi cara penyebarannya yang tak betul.

Sebenarnya amalan yang dikirimkan tersebut amat baik jika kita amalkan, akan tetapi bila dikaitkan dengan jumlah penerima dan kesannya, ia menghilangkan nilai ilmu yang dikirimkan tersebut. Mengapa digunakan tajuk "betul ke" kepada amalan yang baik? Apakah kerana dikaitkan dengan mengirim kepada jumlah tertentu. Macam-macam..

Bagi yang sedar tentang kebaikan menyebarkan ilmu, tanpa perlu ditetapkan jumlahnya, dia akan terasa bertanggungjawab menyebarkannya. Sekurang-kurangnya beroleh pahala menyebarkan ilmu tersebut.

Sekiranya tak silap saya ulama dah mengeluarkan fatwa tentang penyebaran surat berantai ini. Mengapa masih ada orang yang masih menggunakan teknik ini dalam menyampaikan ilmu???.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas