Sekadar berkongsi...buku-buku tentang wanita dan pendidikan anak-anak

Alhamdulillah semenjak berada di rumah, saya berpeluang membaca beberapa buah buku tentang wanita dan anak-anak.

Buku-buku hasil kajian Syeikh Khalid Abdul Rahman Al-'Ak amat menarik hati saya. Ini kerana terdapat beberapa buah buku yang beliau hasilkan menurut Al-Quran dan al-Sunnah, antaranya adaab al-hayah al-zaujiyyah, binaa al-usrah al-muslimah, tarbiyatul abnaa wal banat, syaksiyyah al-mar'ah al-muslimah, al-muharramat 'ala al'ma'rah al-muslimah, dan 'wajibaat al-mar'ah al-muslimah'.

Pejelasan yang diberikan amat menarik serta disisipkan dengan dalil-dalil daripada al-quran dan al-sunnah. Namun begitu saya kurang pasti adakah terdapat terjemahan buku-buku ini ke dalam bahasa Melayu.

Jadi bagi akhawat yang boleh memahami bahasa Arab, elok juga mendapatkan ilmu daripada buku-buku ini. Sekurang-kurangnya kita cuba memahami sendiri apa penjelasan Islam tentang perkara-perkara pokok dalam kehidupan wanita.

Sememangnya saya akui sebelum berada dirumah, saya kurang mengendahkan ilmu-ilmu tentang wanita dan fitrah kita, tetapi semenjak diberikan peluang ini, barulah terasa bahawa kita kurang memahami tentang diri sendiri, malah kita banyak bergantung kepada penjelasan orang-orang Barat.

Maka selagi wanita belum mampu memahami hakikat diri sendiri, siapakah yang akan membantu kita? Banyaknya kesilapan kita...tapi kita begitu yakin dengan ilmu-ilmu yang kita warisi dari barat itu. Fikir-fikirkanlah....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas