Petua atasi batuk dan demam

Alhamdulillah semenjak berada dirumah sebagai surirumah, anak-anak saya tidak mengalami masalah kesihatan, mungkin kerana emosi mereka terjaga, serta dah semakin besar.

Jika diingatkan semasa saya bekerja dulu setiap minggu ada saja yang demam, batuk dan selsema. Tapi saya memang tidak suka memberi ubat dan antibiotik kepada anak-anak walaupun mereka demam. Saya akan cuba mencari penyelesaian cara lain seperti petua-petua dan amalan tertentu.

Namun begitu pada peringkat awal kanak-kanak saya memberikan anak-anak ubat homopati, kemudian bertukar kepada CVT.Sekarang saya lebih suka mengamalkan petua untuk mencegah masalah tersebut daripada berlaku.

Alhamdulillah semenjak berpindah ke Oman, saya mencuba petua untuk menggantikan ubat-ubatan hospital kepada anak-anak, dan saya dapati ia amat berkesan kepada anak-anak saya.

Saya lebih suka menggunakan cara menyejukkan badan anak-anak setiap kali mereka demam. Apabila saya melihat mata anak-anak agak tidak ceria dan bersinar seperti biasa, saya akan menyuruh mereka bermain-main air dalam bath tub, ataupun dulu-dulu saya akan bawa mereka ke kolam renang agar mereka menyejukkan badan dengan bermain. Biasanya simptom awal akan terhenti begitu saja, anak-anak dapat dielakkan daripada mengalami demam berpanjangan.

Anak no.dua saya agak sensitif (lahir 36 minggu), kadang-kadang tersilap makan makanan di sekolah dia akan mula demam, kadang-kadang perubahan cuaca tubuh dia akan mula panas seakan-akan demam. Jadi saya pastikan dia banyak memakan buah, serta minum madu untuk mengatasi masalah tersebut.

Sebenarnya masalah kesihatan anak-anak kecil bermula dari perut, jika perut disejukkan penyakit tidak akan berlarutan.

Kenangan menjaga 4 orang anak kecil sekaligus membuatkan saya terpaksa mencari alternatif lain untuk menjaga kesihatan mereka. Ini kerana apabila seorang mula demam, maka mereka akan demam berganti-ganti hinggalah semuanya baik. Jadi teknik mencegah adalah jalan terbaik yang dapat saya lakukan. Bukan tak nak mendapat pahala berjaga malam menjaga anak sakit, tapi selagi kita mampu mengelakkan ia dari terjadi, itu adalah lebih baik.

Semasa berada di Malaysia saya banyak bergantung kepada minyak habbatussauda (jintan hitam) setiap kali anak-anak selsema atau batuk. Caranya senang iaitu sapukan minyak ke dada perut dan kaki anak kemudian pakaikan stokin semasa tidur. Hasilnya anak yang dah susah untuk bernafas (anak no. 2) dapat tidur lena. Kemudian titikkan beberapa titik ke dalam mulut anak anda.

Semenjak berada di sini saya amalkan petua mencampurkan minyak zaitun dan habbatussauda yang dihancurkan. Saya akan gunakan campuran ini sebagai minyak sapu dan minum kepada anak-anak setiap kali ada tanda-tanda akan demam atau batuk. Alhamdulillah ia amat berkesan.

Sememangnya minyak zaitun dan habbatussauda ada kelebihan tersendiri dan disebut dalam sunnah Rasulullah saw sebagai ubat yang mujarab. Bagitu juga kelebihan madu. Jadi apabila menggunakan bahan-bahan ini kita cuba berubat mengikut sunnah, insya Allah ia akan memberi kesan zahir dan batin kepada keluarga kita.

Begitu juga cara menyejukkan tubuh anak-anak apabila demam juga disebutkan dalam hadis Rasulullah saw (diriwayatkan dalam sunan sittah). Itulah cara terbaik untuk meredakan demam bukannya bergantung kepada panadol ataupun paracetamol.

Hadis yang dimaksudkan ialah : "Demam itu daripada panas bahang api neraka, maka sejukkanlah ia dengan air". Malah dalam sunan Tirmidhi dijelaskan secara lebih ditil iaitu berendam dalam air sungai pada waktu subuh selama 3, 5 atau 7 hari. Itulah rawatan demam mengikut sunnah Rasulullah.

Jadi sebagai surirumah, belajarlah sedikit sebanyak petua kesihatan keluarga agar kita mampu menjadi doktor keluarga kita. Paling kurang untuk mencegah masalah kesihatan anak-anak, tanpa perlu bersusah-payah memberi ubatan kimia, yang akan memberi kesan lain. Apabila anak sihat, kita juga akan bahagia. Fikir-fikirkanlah...

Ulasan

ummu latifah berkata…
Salam,
Teringat kisah ketika mengandungkan anak ke-3, saya telah mengalami batuk berpanjangan selama dua bulan, bermacam-macam ubat dan petua yang saya cuba, hinggalah saya dinasihati oleh Dr. Lo'lo':"Cubalah habbatussauda pula".

Alhamdulillah bila gunakannya dua tiga titik je, batuk dah hilang. Kemudian saya gunakan minyak tu setiap hari (utk mencegah batuk serta banyak manfaat lain).

Alhamdulillah anak saya yang lahir begitu sihat serta mempunyai kebolehan yang amat berbeza daripada anak-anak yang lain.Alhamdulillah.
normi/ummu ameen berkata…
Assalamua'laikum. saya pun masuk dalam kategori yang suka perubatan homeopati, herba dan makanan yg Rasulullah anjurkan.
syukran atas perkongsian ilmu akak.nanti saya nak praktikkan minyak habbatussauda utk ameen saya.
Tanpa Nama berkata…
Salam kak, macam mana ajak bagi makan minyak tu kat babi?

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman