Bersyukur Selalu
Alhamdulillah moga-moga kita termasuk ke dalam golongan hamba Allah yang sentiasa bersyukur di atas nikmat yang diberikan-Nya kepada kita.
Bersyukurlah kerana kita masih diberi peluang untuk hidup di alam ini, berpeluang memiliki kasih sayang-Nya, kasih sayang suami, anak-anak, keluarga dan sahabat-sahabat kita.
Bersyukurlah kerana kita mampu berada di rumah tanpa perlu bertungkus lumus seperti wanita-wanita yang bekerja.
Bersyukurlah juga kerana dikurniakan cahayamata yang mampu memberikan kegembiraan kepada kita setiap waktu. Rehdalah dengan anak-anak kita, terimalah kebolehan mereka seada mereka.
Redhalah menerima segala ketentuannya, kerana bila kita meredhai bermakna kita bersyukur diatas limpah kurnia itu. Semakin banyak kesyukuran kita, makin luaslah rahmat Allah kepada kita.
Sekiranya terdetik dihati akan kekurangan kita, ingatlah bahawa manusia tidak pernah sempurna, yang sempurna hanyalah Allah swt. DIA telah memberi sebaik-baik pemberian kepada kita, jadi bersyukurlah. Alhamdulillah.
Teringat pula suatu hari saya terbaca satu blog yang mencadangkan agar kita mencatatkan segala kesyukuran kita setiap waktu. Di situ dicadangkan agar kita menulisnya di GratitudeLog.com, entah mengapa saya terlalu senang menerimanya dan daftarkan diri disitu. Sampai sekarang saya masih menerima peringatan mereka tentang mencatatkan kesyukuran setiap waktu, alhamdulillah.
Walaupun tak pernah update digratitudelog, saya sentiasa menerima peringatan mereka agar saya bersyukur.
Sekurang-kurangnya peringatan seperti :
" I noticed that over the past few days you didnot have a chance to express your daily gratitude and so I wanted to check in with you and find out how I can help. Did you know that those that express their gratitudedaily are 25% happier than those that don't?"
Jadi sebaik-baiknya kita sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang kita perolehi setiap waktu. Betul juga apa yang dilakukan oleh Mat salleh tersebut, cuma kepada siapakah ditujukan kesyukuran mereka?
Alhamdulillah sebagai orang Islam kita bersyukur kepada Allah, pencipta kita. Moga-moga segala kesyukuran yang kita panjatkan beroleh ganjaran sewajarnya dari Allah swt. Jadi bersyukurlah selalu.
Bila borak-borak dengan suami, terimbas kembali detik genting masa mengandung dan melahirkan empat orang anak berturut-turut. Dalam masa yang sama berperang dengan pelajaran, peperiksaan kemudian tesis Phd. Memang perit dan susah, namun hari ini saya bersyukur kerana ujian tersebut telah mampu dilepasi dengan jayanya. Malah saya diberikan peluang untuk berehat dan menumpukan perhatian kepada keluarga. Alhamdulillah itulah pengalaman yang tidak mampu saya lupakan.
Bagi kawan yang masih dalam perjalanan sebegitu, tabahlah menghadapi ujian itu, sesungguhnya hasilnya amat manis. Jangan lupa bersyukurlah selalu...moga kita di Rahmati-NYA.

Ulasan
Moga-moga ramai lagi sahabat yang berusaha menaikkan martabat pelajar agama/ustaz/ustazah di mata masyarakat.
Ma'a al-taufiq wal-najah.