Mengapa Kita Mudah Terpengaruh?

Satu persoalan yang selalu bermain-main dikepala saya sejak sekian lama ialah "mengapa kita mudah terpengaruh?". Boleh dikatakan setiap orang pernah terpengaruh dengan sesuatu tanpa berfikir panjang. Mengapa begitu?

Itulah yang menyebabkan sistem jualan langsung mampu berkembang luas di Malaysia. Jual lah apa-apapun pasti laku kerana pasti ada orang yang terpengaruh dengan kempen yang dijalankan. Apatah lagi orang yang pandai bercakap, makin lajulah jualannya. Apakah begitu mudah untuk mempengaruhi orang-orang Melayu?

Alhamdulillah semenjak berada di sini, tidak pernah saya temui perniagaan sebegini dijalankan ataupun diperkenalkan kepada saya, sedangkan semasa di Malaysia, ke mana saja berkunjung pasti ada promosi. Terfikir juga apakah orang di sini tidak tahu tentang jualan sebegini ataupun mereka susah untuk dipengaruhi?

Seronoknya bila mendengar penerangan tentang jualan langsung, akhirnya terpikat dan membeli sesuatu, yang kadang-kadang kita tidak perlukannya. Itulah kesan mudah terpengaruh. Tak payah iklankan di TV pun sudah mampu dijual, apatah lagi yang diulang tayang beribu-ribu kali di TV kesannya melekat dihati hingga tak mampu bertukar kepada barangan lain.

Boleh dikatakan di Malaysia, juallah apa-apapun pasti laku kerana ramai penduduknya yang mudah terpengaruh dan mampu membelinya. Apakah kerana orang Melayu lurus bendul ataupun memiliki hati yang lembut, atau tidak berfikir panjang?

Yang tak sedap didengar ialah penjelasan setelah bertahun-tahun orang menggunakan produk tersebut, seperti produk spirulina yang ditanam dikumbahan najis babi, betul ke begitu? Alhamdulillah kami belum pernah menggunakannya. Terbaru 'Goji" entah apalah produk ini, hanya mereka yang pernah terpengaruh dengannya yang lebih tahu.

Ada juga penjelasan tentang penggunaan tuala wanita, yang dikatakan boleh menyebabkan penyakit puan. Berikutan dengan itu maka tersebarlah jualan langsung tuala-tuala wanita yang dikatakan mampu merawat pelbagai masalah kesihatan. Tunggulah lagi masih ada pelbagai produk yang akan diketengahkan dan akan mendapat sambutan ramai.

Mengapa orang Melayu mudah terpengaruh? Apa-apapun yang dipasarkan pasti mendapat sambutan walaupun orang yang memasarkan itu tidak memiliki ilmu dan pengalaman yang cukup. Begitulah yang berlaku...

Apa akan jadi kepada generasi seterusnya jika perangai ini diwarisi oleh anak-anak? Apakah akan jadi kepada generasi Malaysia seterusnya? Fikir-fikirkanlah
...

Ulasan

Wan berkata…
Satu pemerhatian yang baik. Syabas.

Persoalan:

Apa yang membuat puan membuat kesimpulan hanya orang Melayu yang mudah terpengaruh dengan jualan langsung? Di Malaysia, orang Cina juga ramai yang membeli produk syarikat jualan langsung. Di Amerika, turnover jualan lansung adalah berbillion Dollar. Adakah orang Melayu pelanggan mereka?

Apa yang membuat puan percaya spirulina dihasilkan di tempat kumbahan khinzir? Apakah itu tidak tergolong dalam mudah terpengaruh?

Mudah terpengaruh bukan hanya sifat orang Melayu, ianya sifat semulajadi spesis yang bernama manusia. Apakah puan juga terpengaruh untuk mempercayai orang Melayu banyak kelemahan.

Harap renungkan agar kita tidak terpengaruh untuk mempercayai yang kita tidak termasuk dalam golongan yang mudah terpengaruh.

Wallahulam.
aliza berkata…
Terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat di sini.

Sememangnya saya pun melayu, jadi tidak terkecuali dari dipengaruhi, itulah sebabnya timbul persoalan ini untuk difikirkan.

Terima kasih sekali lagi.

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman