Belajar di Rumah (Homeschool)

Bila dah sebut tentang Homeschool dalam tulisan lepas, terasa nak tulis lebih lanjut tentang "Homeschool" ni.

Apakah yang dikatakan "homeschool"?
Menurut penjelasan yang saya faham ialah "homeschool" ialah:
"Students are considered to be homeschooled if (1) they are ages 5–17 in a grade equivalent to at least kindergarten and no higher than 12th grade; (2) their parents report them as being schooled at home instead of at a public or private school for at least part of their education; and (3) their part-time enrollment in public or private schools does not exceed 25 hours a week. Students who are schooled at home only because of a temporary illness are not considered to be homeschooled students." Dari fitragroup.com.

Dalam wikipedia homeschool ditakrifkan sebagai
"Homeschooling (also called home education and sometimes spelled home schooling) is the education of children at home and in the community, in contrast to education in an institution such as a public or parochial school. In the United States, homeschooling is the focus of a substantial minority movement among parents who wish to provide their children with a custom or more complete education which they feel is unattainable in most public or even private schools".

Jadi bila disebut 'homeschool" ialah anak-anak yang tidak menghadiri insitusi pendidikan formal sepanjang tempoh pembelajaran mereka. Jadi apabila kita memilih 'homeschool' bermakna kita memilih mendidik sendiri anak-anak dalam apa jua aktiviti mereka tanpa campurtangan guru sekolah. Ibubapa atau orang-orang tertentu saja yang menjadi guru mereka.

Ini dipilih oleh ramai orang Islam yang berada di negara asing, dalam usaha untuk melahirkan anak-anak yang memiliki ilmu Islam yang mantap. Juga untuk mengelakkan anak-anak mereka daripada diajar oleh guru-guru bukan Islam. Jadi ini adalah keharusan bagi mereka, terutama dalam mendidik anak-anak selepas mumayyiz. Alhamdulillah moga usaha mereka akan dapat melahirkan Ibnu Sina, Ibn Rusyd, Ibn Nafis, Al-Farabi dan ulama hebat yang baru, yang mampu membangunkan umat Islam.

Ini adalah persepsi pertama saya setelah menyertai perbincangan bersama-sama dengan homeschoolmuslimah yahoogroup. Namun begitu dalam situasi yang berbeza, ada yang mengira mendidik bayipun termasuk ke dalam 'homeschool'. Jadi terpulanglah kepada definisi masing-masing tentang homeschool ni. Ini kerana ibu adalah guru pertama anak-anak sebagaimana yang disebut dalam kata-kata Arab.

Bagi saya tugas mendidik anak-anak itu tugas asasi kita sebagai surirumah, sama ada kita nak takrifkan ia sebagai homeschool ataupun rumah terpulang kepada persepsi sendiri. Sekiranya nak dikira sebagai sekolah, sebenarnya hidup ini adalah persekolahan, dimana-manapun kita belajar.

Memandangkan saya berada diluar negara, jadi keinginan untuk mendapatkan maklumat tentang homeschool amat kuat, lebih-lebih lagi bila memikirkan susah untuk mendapatkan sekolah yang menyediakan kurikulum Arab untuk anak-anak di Malaysia. Ini kerana saya inginkan anak-anak mantap dalam bahasa Arab, bukan seperti saya.

Jadi dunia internet ni membawa saya ke pelbagai ceruk web berkaitan homeschool ni. Alhamdulillah ramainya Muslimah yang memulakan pendidikan sebegini, moga-moga anak-anak mereka berjaya membentuk generasi baru umat Islam yang berjaya. Disitu saya bertemu idea positif dan negative tentang usaha-usaha ini.

Bagi saya, ibu-ibu yang menghantar anak-anak ke sekolah bukannya semuanya ingin melepaskan tanggungjawab mendidik ke bahu guru-guru, tapi inginkan anak-anak mendapat ilmu daripada orang lain sebagaimana yang dilakukan oleh ulama-ulama zaman silam.

Betapa seronoknya memiliki ramai guru sepanjang hidup, namun ibu tetap yang pertama dalam hidup. Kadang-kadang guru kita mampu mengubah diri menjadi insan hebat, terasa bersyukur kerana pernah berguru dengan beliau.

Bacalah sejarah hidup ulama silam, masing-masing mempunyai guru-guru di merata tempat. Imam Syafii berguru dengan Imam Malik serta ramai lagi guru-guru beliau. Daripada pelbagai corak pemikiran Imam Syafii menghasilkan ijtihad sendiri, maka wujudlah mazhab syafii.

Begitu juga ulama-ulama lain yang mengembara ke pelbagai tempat semata-mata untuk mendapat ilmu. Mereka mengumpulkan ilmu dengan susah-payah dan penuh cabaran kerana itulah kehidupan. Semakin kuat cabaran makin mematangkan mereka.

Bagi saya biarlah anak kita mempunyai ramai guru kerana itulah kenangan mereka. Mereka belajar daripada guru-guru mereka disamping ibubapa sendiri. Cikgu A amat penyayang, Cikgu B garang, cikgu C amat berdisiplin serta pelbagai lagi sifat yang mereka dapat pelajari. Cikgu A mengingatkan tentang akhlak, cikgu B mengingatkan tentang kekuatan diri, cikgu C mengingatkan tentang pengurusan masa. Di rumah pula ada ibubapa yang memberi sepenuh kasih sayang.

Sebenarnya apa yang diketengahkan ialah apa yang ada dalam persepsi ibubapa sendiri. Tidak ada salah dan silap dimana-mana, itulah kehebatan aqal yang dikurniakan oleh Allah swt kepada manusia. Kadang-kadang kita memiliki sejarah negatif dalam hidup, jadi kita ingin menukarkannya untuk menjadi kejayaan buat kita, jadi timbullah pelbagai idea, kadang-kadang boleh dijadikan bisnes. Kadang-kadang kita ingin menyampaikan ilmu yang ada pada kita agar memberi manfaat kepada orang lain. Alhamdulillah.

Bagi saya sekiranya kita ingin belajar, belajarlah daripada orang-orang yang berpengalaman, ibu-ibu mithali yang dah berjaya membentuk hidup mereka dengan melahirkan anak-anak mithali. Terdapat ramai ibu-ibu yang dah berjaya di sekeliling kita, contohilah mereka. Saya juga masih belajar kerana anak-anak masih kecil dan perjalanan hidup masih jauh, moga Allah memudahkan segalanya.

Apapun teknik yang kita gunakan selagi ianya untuk mendekatkan kita kepada Allah, tiada salahnya. Itulah cabaran dan ujian hidup yang kita pilih, berkat doa berterusan insya Allah kita akan beroleh kejayaan. Jadi tidak ada yang mustahil bagi orang yang ingin melakukan perubahan.

Apa yang sentiasa menjadi ingatan buat diri ini ialah kita tidak tahu berapa lama kita akan hidup didunia ini. Kita juga tidak akan berupaya menjaga setiap langkah anak-anak kita sebab suatu hari mereka akan meninggalkan kita dan membentuk keluarga sendiri.

Dedahkanlah mereka kepada realiti kehidupan semasa kita masih bersama-sama mereka, kerana kita masih mampu menegur mereka sekiranya mereka tersilap langkah. Itulah ujian-ujian pertama buat anak-anak dalam hidup mereka yang akan meninggalkan kenangan dan pengajaran yang amat mahal. Fikir-fikirkanlah...

Ulasan

Cahaya Rumahku berkata…
kak aliza, suka saya baca coretan akak :)luas pembacaan!
Ummu Latifah berkata…
Salam ukhwah, terima kasih kerana meninggalkan coretan di sini.

Ilmu itu milik Allah, boleh didapati dimana-mana, malah idea juga boleh tercetus dari apa-apa sumber. Kadang-kadang bila membaca blog orang lain tercetus idea (jazakillah buat penulis blog yang mampu mencetuskan idea kepada saya), menonton TV, berjumpa kawan serta pelbagai lagi.

Mungkin pembacaan saya tak seluas professor, guru-guru saya dulu. Masih terlalu sikit jika dibandingkan dengan orang lain yang lebih pakar.

Moga Allah memberi kekuatan untuk saya lebih banyak membaca. jazakillah.

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas