Gaza lagi

Alhamdulillah kali ini terdetik dihati ingin menulis lagi mengenai Gaza. Dah lama saya tak menulis tentang cerita mereka, iaitu semenjak berlakunya gencatan senjata antara Gaza dan Israel.

Bukan tak ingin bercerita, terlalu banyak cerita sedih yang berlaku di sana. Setiap hari ada saja laporan TV tentang kesan yang mereka hadapi setelah berlaku gencatan senjata. Cerita anak-anak yatim piatu adalah laporan yang paling menyedihkan bagi saya. Saya tak tahu sama ada masih ada laporan tentang mereka di Malaysia, tapi di sini Gaza memang sentiasa dihati.

Setiap hari pelbagai dokumentari tentang Palestin disiarkan oleh pelbagai saluran TV. Laporan kekejaman Israel termasuk juga cerita dari dalam Israel sendiri, iaitu layanan 'double standard' diantara Yahudi Arab dan Yahudi lain.

Namun begitu umat Islam Gaza masih berada dalam kepungan, tembok tinggi yang dibina Israel berjaya memisahkan umat Islam Palestin daripada dunia luar. Dalam keadaan Ma'bar Rafah (di Mesir) yang susah untuk dilalui dan Ma'bar lain dikawal oleh Israel, bayangkanlah saja bagaimana keadaan mereka.

Sekali pandang rasa meluat melihat tindakan Hosni Mubarak tapi bila dilihat dari sudut lain terasa bahawa itu bukanlah niat asal beliau. Apa taknya bila kita melihat secara mata kasar, memang Mesir mengawal laluan Ma'bar Rafah dan cuma membenarkan sebahagian kecil saja bantuan sampai ke Gaza.

Tetapi hakikatnya mereka masih membenarkan pelbagai barangan diseludup masuk ke Gaza melalui terowong yang berselirat diantara Gaza dan Mesir. Oleh sebab itu pemimpin Hamas menaruh kepercayaan kepada Mesir untuk membantu mereka. Sekiranya betul Mesir menghalang bantuan ke Gaza, mereka boleh menghancurkan dekat seribu terowong yang menghubungkan antara Mesir dan Gaza.

Itulah yang banyak dibincangkan oleh penganalisis politik hari ini. Ada yang menyifatkan tindakan sebegitu adalah kerana Mesir takut kepada Israel, tidak mahu berperang lagi dengan Israel. Namun begitu apalah sangat barangan yang mampu diseludup masuk melalui terowong yg kecil.

Semalam ada laporan tentang konvoi bantuan dari UK dibenarkan memasuki sempadan Gaza, alhamdulillah. Cuma masalahnya bantuan kenderaan tidak dibenarkan dibawa masuk melalui Ma'bar Rafah tapi mesti melalui pintu masuk di Israel, itulah yang dimaterai dalam perjanjian mereka.

Israel tetap tidak mengizinkan kenderaan ambulan, kereta askar dibawa masuk melalui Mesir kerana mereka takutkan ancaman kepada mereka. Bila Mesir bersetuju maka semua bantuan sebegitu mestilah dibawa masuk melalui Israel. Sama ada Israel meluluskan bantuan sebegitu dibawa masuk wallahua'lam.

Itulah ketidakadilan Yahudi, mereka mampu memiliki apa saja kelengkapan yang mereka inginkan tapi Gaza dihalang daripada memiliki apa-apa. Inilah strategi mereka untuk melemahkan umat Islam Gaza, sayangnya mereka belum mampu mematahkan semangat umat Islam Gaza yang begitu teguh dan mantap memperjuangkan hak-hak mereka.

Sehingga sekarang ulama sentiasa mengingatkan umat Islam untuk meneruskan boikot barangan Israel, termasuklah seminar atau apa saja program yang dianjurkan oleh Israel. Umat Islam diingatkan bahawa inilah bentuk sumbangan yang mampu kita lakukan untuk membantu menguatkan semangat umat Islam Gaza.

Apabila kita memboikot bukan saja kita melemahkan ekonomi tapi kita menunjukkan bahawa kita membenci sikap mereka yang begitu kejam. Dalam masa yang sama kita menunjukkan kepada umat Islam Palestin bahawa kita menyokong mereka. Isu boikot bukan sekadar dari segi ekonomi, tapi ia melambangkan keprihatinan kita kepada umat Islam ini. Ini kerana mereka masih lagi mengikuti perkembangan di seluruh dunia yang sentiasa disiarkan melalui TV.

Dan kata-kata yang selalu diucapkan oleh penduduk Gaza ialah kekuatan mereka bersandarkan kekuatan umat Islam diseluruh dunia yang menyokong dan membantu mereka. Bila melihat demonstrasi dan boikot yang dilakukan, mereka terasa bersemangat, kerana umat Islam lain turut merasai penderitaan mereka.

Dapatkah kita bayangkan keadaan mereka di dalam kepungan di sana? Bayangkan pula sekiranya kita berada ditempat mereka, apakah ada rasa kasih kita terhadap mereka? Apakah yang telah kita lakukan untuk membantu menguatkan semangat mereka. Sekiranya kita masih berfikir sekiranya kita boikot, bagaimana yang orang-orang yang bekerja di syarikat tersebut nak dapatkan rezeki dan pelbagai lagi alasan, tepuk dada tanyalah iman.

Saya sebenarnya amat kagum dengan sikap umat Islam Gaza ni, betapa mereka kuat dan kreatif. Mereka mampu memiliki perasaan tenang walaupun berada dalam tembok batu. Mereka berjaya menukarkan perspektif tentang kepungan kepada nikmat buat mereka, bayangkan tembok-tembok batu disekeliling mereka dicat dan dilukis dengan pelbagai lukisan yang amat indah. Saya kagum melihat lukisan mereka ditembok batu tersebut, sangat cantik seolah-olah jendela dunia mereka.

Sikap mereka tersebut mengajar kita bahawa 'kita adalah apa yang kita fikirkan'. Sekiranya kita memikirkan bahawa kita lemah, maka kita akan menjadi lemah, tapi sekiranya kita memikirkan bahawa kita kuat, kita akan mampu melakukan perkara yang agak mustahil pada pandangan manusia. Fikir-fikirkanlah...

Ulasan

Naa..a berkata…
za. harini nah mgunjungi lagi blogmu, nah sebenarnya byk ketinggalan dan info yang za bagi amat berguna dan memang itulah kedudukan orang islam sekarang. tq jumpa lagi..
Tanpa Nama berkata…
Terima kasih sbb rajin nak baca tulisan za, tapi mungkin idea za ni tak berapa nak sama dengan orang lain.
Za nak orang Islam maju dan berjaya tapi mestilah berpandukan Quran dan Sunnah.

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas